Monday, November 21, 2011

Q-dees Taman Setiawangsa

Sabtu yang lepas (19/11/2011) aku bersama suami pergi la survey ke tadika utk Alya buat kali ke-2. Mula-mula aku ke Q-dees Taman Setiawangsa pada jam 10.30 pagi. Sampai je kat sana, kami disambut dengan layanan yang cukup baik oleh cikgu-cikgu Qdees. Kami masuk ke sebuah kelas, dan duduk bersama salah seorg cikgu tadika berkenaan. Cikgu tu, menerangkan serba sedikit tentang mata pelajaran bagi pelajar 4 tahun. So far dari segi module, aku rasa ok utk mereka yg nak bagi anak-anak lebih ke arah pembelajaran yg bersistematik. Dari segi persekitaran ada agak kekurangan sbb bagi aku, aku suka anak yang bermain di luar (outdoor). Tapi di Q-dees pulak semuanya berada di dalam bangunan. Termasuklah swimming pool pun dlm bangunan. Toilet pun biasa-biasa je. Maaf tak de pix nak dikongsikan sbb cikgu dia berjalan bersama kami setiap masa hehe... Dari segi harga, mmg agak complicated sedikit. Tapi bole dirumuskan seperti dibawah bagi course yang paling basic:

Enrollment Fees 2012 - 4 years
Registration: RM60
Books (1st set/8 books): RM40
Uniforms: RM70 (2 sets)
Gymwear (1 set): RM24
Insurance: RM18 per annum
Q-dees Level Kit: RM30 per annum
Concert: RM130
Pendidikan Islam (Pelajar Muslim sahaja): RM50 per annum
Initial Payment (Nov fees) + Fliptec Material & etc: RM779
Monthly: RM339 (Jan/Mar/Aug) RM309 (Feb/Apr/Jun/Jul/Sep/Oct) RM809 (May)

*Harga bagi setahun lebih kurang RM4,500-5,500 sahaja.

No comments:

Post a Comment