Friday, March 25, 2011

The ENT

Hari ni i dah tak dpt nak tahan lg bila alya tidor tp susah sgt nk bernafas... so seawal kul 5 pagi i dh bangun n gi ke computer and searching address n tel no doctor ENT... so last2 hubby and i pun decided jer ke Gleneagles Intan sbb last time mmg i pernah g sana (3-4 years back) sbb hidung berdarah. I pun fikir2 buat apa laa nk kedekut sgt, biar laa byr lebey sket asalkan kita btul2 tahu apa sebenarnya sakit yg anak kita alami kan..? Tanpa membuat sebarang appointment i gi jer sana... pergi pagi2 senang sket lg pun doctor tu mmg tugas kat situ pagi sampai tghari je. Smp je sana terus ke Suite 301 klinik Dato' Dr Mohd Husni Ahmad utk register, lepas jer tuh kitaorg ke bwh utk breakfast heheheeh mahal jugak breakfast sana compared to Ampang Puteri... (dalam hatiku patut laa org melayu suka ke Ampang Puteri heheheh) bukan apa tp utk berjimat-cermat :) 

Naik je ke bilik Dr Husni, tunggu dlm 30 mins jer then giliran Alya utk berjumpa doctor. Alya mmg seorg kanak-kanak yg agak berani. Dia langsung tak menangis... dia buat jer apa yg doctor suruh :) smp doctor kata "bagus pandai pun..."  hehehehe (dlm hatiku, mana tak bagus kalo sebulan 2-3 kali jumpa doctor jer kejenyer hehehehe) yg bagusnyer jumpa doctor ni, dia bagi clear explanation tentang masalah yg dialami oleh alya. Alya sbnarnya seorg kanak-kanak yg sihat tubuh badan & sempurna segala sifat fizikalnyer (alhamdulillah...) cuma penyakit keturunan seperti allergy, lelah ni tidak dpt kita elakkn sbb ianya dtg secara semulajadi dan turun-temurun. Nak dipendekkn cerita, ayahku mmg mempunyai lelah jd secara tak langsung cucu2nyer pun telah mendapat sedikit sebanyak penyakit tu. Tp utk kanak-kanak kebiasaannyer mmg akan ada sedikit allergy apatah lg kalo mempunyai keturunan yg penghidap lelah. Sesetengah bayi/kanak-kanak akn mengalami eczema juga. Kesimpulannya alya mempunyai allergy yg agak teruk sehingga bole menjejaskan hidung, telinga, tekak dan paru-parunya. Doctor kata dia akan mula sembuh dgn sendiri bila dia meningkat dewasa. Cuma buat sementara ni kita as a parents kena pandai control persekitaran anak kita, contohnya kena la selalu bersihkan rumah, jemur bantal2, jauhkan dr bende2 berbulu terutama kucing, carpet, debu, habuk, hama, debunga dan sebagainya. Tapi bende tu semua bukan satu jaminan utk anak kita takkn kena allergy tuh. Budak2 yg ada allergy sebenarnya  disebabkan sistem/sel dlm badan seseorg itu menganggap sesuatu (debu, hama, bulu kucing) itu sebagai virus atau bende yg tak baik, jd apabila seseorg pesakit itu telah menyedut atau memakan sesuatu yg sistem badan mereka kita rase ianya virus atau racun jd sel tersebut akan keluar dan menyerang menerusi darah2 si pesakit sehingga menganggu hidung/telinga/tekak/paru-paru... Doctor tu kata lg tak perlu laa kita terlalu berpantang larang ttg makanan, cukuplaa setakat bersihkn persekitaran dan bebas dr debu/hama.

Untuk alya, doctor telah memberi ubat utk dimakan sebelah malam 1 hari sekali 2.5ml dan nasal spray kena amik belah pagi 1 hari sekali jugak selama sebulan, then jumpa balik doctor. Doctor kata lg ubat2 ini perlu diambil selama sebulan without fail yer... then dia kata setiap ubat ni kena amik pd waktu yg sama contohnyer kalo amik nasal spray tuh pukul 9 pagi maka kenalah amik setiap kul 9 pagi selama sebulan... bende ni penting sbb doctor nak lock kan sel2 alya yg slalu misunderstanding tuh! insya Allah mama akn buat spt apa yg doctor nasihatkan...mudah2an berkat usaha & doa mama abah akan sentiasa bersama Alya kusayang, Amin.

Sunday, March 13, 2011

Sepetang Bersama

Weekend yg lepas, I and a few good friends decided nak jumpa sbb dah lama giler tak jumpa, dan ada yg sorg tu smp dh 12 years tak jumpa. Can u imagine? So ada laa sket pix2 yg diambil oleh my husband yg boleh dijadikan kenangan utk kitaorg :) opss by the way kawan2 yg i maksudkan ni semua dari time sekolah menengah. Gathering yg simple & santai tapi penuh bermakna sbb banyak dpt kita kongsikan dgn quality time yg ada, pilihan tempat pun tepat & cocok serta ianya sgtlah privacy :)

Me & Lina (BFF)

Smile :)

From left: Alya, Me, Siska, Lina & Yaties

Keropok lekor di KLCC

Kawan yg sgt suka memelukku ;P

Bakal 'menantu' ku

2 thn 4 bulan vs 4 thn

Candid