Monday, November 21, 2011

ATFAL-KIDS

Selepas beberapa buah tadika yang telah disurvey, akhir skali aku terpanggil untuk ke sebuah tadika bernama ATFAL-KIDS yang terletak di Taman Ukay Perdana. Aku dan suami tertarik dgn tadika ni sbb dalam masa kami sibuk melayari internet, kami telah melihat video pelajar-pelajar ATFAL dan aktiviti mereka sepanjang persekolahan termasuklah gambar-gambar yang diambil dan di uploaded kan di dlm Facebook. Tetapi yang paling menarik perhatian kami ialah, pada hari graduation day pelajar-pelajar Tahun 6, mereka telah membaca Al-Quran di hadapan keluarga dan para tetamu. Mereka membaca di atas pentas dan disaksikan oleh cikgu-cikgu, keluarga dan tetamu yang hadir. Sungguh menakjubkan kami. Bukan senang berada dihadapan ratusan tetamu dan membaca Al-Quran tanpa mental dan hati yang kuat. Keberanian itu yg amat menakjubkan! 

Ketika kami ke ATFAL, kami melihat ramai ibu bapa pelajar lain sudah berada di sana. Rupa-rupanya mereka sedang mengendalikan hari Report Card Day bagi pelajar-pelajar mereka. Aku diminta tunggu sebentar oleh kerana Cikgu yang mengendalikan kemasukan tahun 2012 sedang sibuk. Aku dan suami sempat menerokai sekitar tadika tersebut. Amat kemas & bersih. Yang paling menarik perhatian kami, tadika itu mempunyai tanah sendiri untuk membuat aktiviti outdoor bersama para pelajar mereka.

Selepas menunggu lebih kurang 15-20 mins, tibalah giliran aku untuk bertanya kepada Cikgu Lina. Penerangan seperti harga tadika dan day care diterangkan dengan jelas. Rumusan harga adalah seperti di bawah:

Enrollment Fees (Per Annum) 4 & 5 years
English Medium & Small Khalifah Methods
Annual Fee: RM50
Book/Worksheet, Material, Art & Craft: RM200
Stationeries: RM100
Uniform (4 Sets + Tudung/Kopiah): RM130
School Kit: RM40
Others: Field Trip/Sport Day/Graduation/Special Event: RM180
Total: RM700 
Monthly (Jan-Nov): RM240 (8.00am - 12.30pm)

Subject (4 years): BM, English, Math, Science, Art & Craft, Islamic, Iqra, Hafazan, Jawi, Smart Solat,
& Water Play & Safety

Subject (5 & 6 years): Same as above + Arabic, Computer Class & Reading Program.

Bagi pelajar 6 tahun, enrollment fees adalah RM730.00 dan monthly RM240.


Mereka mengambil Day Care Program untuk para pelajar mereka sahaja. Penambahan sebanyak RM180  daripada monthly fees tadika. 


Real Kids

Sebelum ke Q-dees, beberapa minggu yang lepas, aku telah pergi ke Real Kids, Wangsa Melawati. Kebetulan Open Day tadika mereka. Dari segi persekitaran dan bangunan nampak kemas, bersih. Swimming pool ada dibahagian hadapan pintu masuk tadika tu. Toilet bersih. Banguan tak la baru tapi masih boleh diterima pakai. Mostly cikgu-cikgu adalah Chinese. Kami disambut dengan baik dan ramah oleh cikgu-cikgu disitu. Dari segi pembelajaran, bahasa Mandarin telah dimasukkn ke dalam bayaran bulanan. Begitu juga swimming. Harga boleh dirumuskan seperti di bawah ini:

Enrollment Fees 2012 - 4 years
Registrartion: RM150
School Fees (Jan & Nov): RM560
Deposit (Once): RM200
Insurance: RM20
Uniform (2 sets): RM90
Sportwear: RM25
Books (1 set/8 books): RM64
Supplementary/Material (Jan): RM600
Supplementary/Material (Jun): RM600
Monthly (Feb-Oct): RM280 - Half Day (8.00am-12.00pm)


Q-dees Taman Setiawangsa

Sabtu yang lepas (19/11/2011) aku bersama suami pergi la survey ke tadika utk Alya buat kali ke-2. Mula-mula aku ke Q-dees Taman Setiawangsa pada jam 10.30 pagi. Sampai je kat sana, kami disambut dengan layanan yang cukup baik oleh cikgu-cikgu Qdees. Kami masuk ke sebuah kelas, dan duduk bersama salah seorg cikgu tadika berkenaan. Cikgu tu, menerangkan serba sedikit tentang mata pelajaran bagi pelajar 4 tahun. So far dari segi module, aku rasa ok utk mereka yg nak bagi anak-anak lebih ke arah pembelajaran yg bersistematik. Dari segi persekitaran ada agak kekurangan sbb bagi aku, aku suka anak yang bermain di luar (outdoor). Tapi di Q-dees pulak semuanya berada di dalam bangunan. Termasuklah swimming pool pun dlm bangunan. Toilet pun biasa-biasa je. Maaf tak de pix nak dikongsikan sbb cikgu dia berjalan bersama kami setiap masa hehe... Dari segi harga, mmg agak complicated sedikit. Tapi bole dirumuskan seperti dibawah bagi course yang paling basic:

Enrollment Fees 2012 - 4 years
Registration: RM60
Books (1st set/8 books): RM40
Uniforms: RM70 (2 sets)
Gymwear (1 set): RM24
Insurance: RM18 per annum
Q-dees Level Kit: RM30 per annum
Concert: RM130
Pendidikan Islam (Pelajar Muslim sahaja): RM50 per annum
Initial Payment (Nov fees) + Fliptec Material & etc: RM779
Monthly: RM339 (Jan/Mar/Aug) RM309 (Feb/Apr/Jun/Jul/Sep/Oct) RM809 (May)

*Harga bagi setahun lebih kurang RM4,500-5,500 sahaja.