Monday, November 21, 2011

ATFAL-KIDS

Selepas beberapa buah tadika yang telah disurvey, akhir skali aku terpanggil untuk ke sebuah tadika bernama ATFAL-KIDS yang terletak di Taman Ukay Perdana. Aku dan suami tertarik dgn tadika ni sbb dalam masa kami sibuk melayari internet, kami telah melihat video pelajar-pelajar ATFAL dan aktiviti mereka sepanjang persekolahan termasuklah gambar-gambar yang diambil dan di uploaded kan di dlm Facebook. Tetapi yang paling menarik perhatian kami ialah, pada hari graduation day pelajar-pelajar Tahun 6, mereka telah membaca Al-Quran di hadapan keluarga dan para tetamu. Mereka membaca di atas pentas dan disaksikan oleh cikgu-cikgu, keluarga dan tetamu yang hadir. Sungguh menakjubkan kami. Bukan senang berada dihadapan ratusan tetamu dan membaca Al-Quran tanpa mental dan hati yang kuat. Keberanian itu yg amat menakjubkan! 

Ketika kami ke ATFAL, kami melihat ramai ibu bapa pelajar lain sudah berada di sana. Rupa-rupanya mereka sedang mengendalikan hari Report Card Day bagi pelajar-pelajar mereka. Aku diminta tunggu sebentar oleh kerana Cikgu yang mengendalikan kemasukan tahun 2012 sedang sibuk. Aku dan suami sempat menerokai sekitar tadika tersebut. Amat kemas & bersih. Yang paling menarik perhatian kami, tadika itu mempunyai tanah sendiri untuk membuat aktiviti outdoor bersama para pelajar mereka.

Selepas menunggu lebih kurang 15-20 mins, tibalah giliran aku untuk bertanya kepada Cikgu Lina. Penerangan seperti harga tadika dan day care diterangkan dengan jelas. Rumusan harga adalah seperti di bawah:

Enrollment Fees (Per Annum) 4 & 5 years
English Medium & Small Khalifah Methods
Annual Fee: RM50
Book/Worksheet, Material, Art & Craft: RM200
Stationeries: RM100
Uniform (4 Sets + Tudung/Kopiah): RM130
School Kit: RM40
Others: Field Trip/Sport Day/Graduation/Special Event: RM180
Total: RM700 
Monthly (Jan-Nov): RM240 (8.00am - 12.30pm)

Subject (4 years): BM, English, Math, Science, Art & Craft, Islamic, Iqra, Hafazan, Jawi, Smart Solat,
& Water Play & Safety

Subject (5 & 6 years): Same as above + Arabic, Computer Class & Reading Program.

Bagi pelajar 6 tahun, enrollment fees adalah RM730.00 dan monthly RM240.


Mereka mengambil Day Care Program untuk para pelajar mereka sahaja. Penambahan sebanyak RM180  daripada monthly fees tadika. 


1 comment:

  1. saya sedang riview tadika untuk anak saya sekitar wangsa maju area, jika ada sebarang cadangan sila kongsikan dengan saya di
    http://ibuveronza.blogspot.com/

    tqvm

    ReplyDelete