Wednesday, July 25, 2012

Aku keguguran

Tanggal 7hb Jun 2012 yang lalu, setelah hampir 2 bulan 2 minggu aku mengandung, akhirnya aku keguguran. Pada peringkat awal, doktor memang dah menjangka bahawa, petumbuhan janin tidak menunjukkan reaksi yang positif. Namun kami tetap percaya bahawa kekuasaan Allah S.W.T lebih hebat daripada jangkaan sesiapa sahaja. Walaupun penggunaan teknologi secanggih mana, kepakaran doktor sehebat mana, kami tetap yakin segala keputusan, qada dan qadar yg telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Kami menunggu sahaja keputusan dengan penuh kesabaran, sehinggalah berlakunya pendarahan yang sangat kritikal pada pagi 7hb June 2012. 

Pada pagi itu aku hendak mandi untuk ke tempat kerja, namun darah keluar tanpa henti, darah dan 'blood clot' terlalu banyak sehinggakan aku hanya duduk di bilik mandi selama 2 jam. Rasa sakit yang teramat dibahagian perut dan diselang-seli dengan sakit pinggang tidak pernah aku rasa dan bayangkan sebelum ini. Mujurlah, suamiku yang sangat membantu, menolong segala segi. Pergi membeli segala kelengkapan dan mengemas bilik dan beg pakaian aku serba ringkas. Dia membawa aku ke Hospital Pakar Ampang Puteri, dan kami sampai di sana jam 11.15 pagi. Menunggu, penuh kesabaran sebelum dapat bertemu doktor. Jam 12.00 tengahari, doktor menyuruh aku baring dan di situ dia telah telah mengambil satu alat dan dimasukkan ke dalam faraj untuk menarik keluar lebihan ketulan-ketulan 'blood clot' yang masih tertinggal dan juga mengeluarkan karung bayi yang masih berada di dalam. Sesungguhnya, rasa kesakitan tidak dapat aku terjemahkan. Sehinggakan pesakit-pesakit di luar klinik itu mendengar jeritan dan raungan aku.

Selepas habis pengeluaran karung bayi itu tadi, aku menjadi semakin lemah, dan 'blood pressure' aku semakin turun dengan mendadak, aku dikejarkan ke ward dan kemudian dimasukkan air serta ubat-ubatan yang lain. Pada jam 5 petang keadaan aku mula stabil dan dibenarkan jam 8.30 malam aku telah dibenarkan pulang serta diberi cuti sakit selama 10 hari.

Alhamdulillah, keadaan aku semakin hari semakin sembuh. Aku berpantang dan bertungku seperti orang bersalin. Walaupun aku diberi ujian serta kesakitan yang sebegitu, aku tetap redha dan percaya semuanya telah ditentukan dan ianya adalah untuk kebaikan. Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya...

Monday, March 19, 2012

Jika Engkau Tiada Malu, Buatlah Sesuka Hati Kamu

Aku bukan lah beriya-ia nak berlagak alim ulama, cuma aku lebih bersifat prihatin dan di dalam Islam juga, kita dituntut untuk saling ingat-mengingati antara satu sama yang lain... Oleh itu, adalah hak sesama manusia ini dikongsi pada semua manusia yg berjiwa terbuka. 
Hatiku tiba-tiba hati tertarik dgn salah satu hadith Rasulullah SAW yg berbunyi;
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.' 

Tanpa kita sedari, dalam mengejar cita-cita serta impian dan keinginan hati, kita sebenarnya telah melakukan satu kebodohan dan kebinasaan terhadap diri kita sendiri. Maruah yg selama ini dijaga, turut terkena tempiasnya. Allah SWT memberi ujian bukan hanya pada yang miskin malah, ujian-Nya lebih hebat pada yang kaya. 

Ingatlah kamu, kekayaan yang kamu miliki itu hanyalah bersifat sementara, dan kecantikan itu juga bersifat sementara dan hanyalah pinjaman semata-mata. Kamu perlu ada sifat dan rasa penuh kesyukuran dengan apa yang diberi oleh-Nya. Bukan membuat sesuatu yang dilarang dan dimungkar oleh-Nya.

Adakah kamu pasti hanya dengan berbekalkan sembahyang lima waktu dan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan sudah cukup untuk membawa kamu ke syurga? Tidakkah kamu sedar, kehebatan azab yang bakal kamu terima? Ingatlah wahai manusia, kehebatan, kekayaan, kedudukan serta keanggunan kamu ketika di dunia tidak membawa apa-apa makna jika ibadah, akidah dan amal kamu sisihkan.

Berikanlah sedikit ruang dan renuangan untuk kita sama-sama muhasabahkan diri sendiri supaya kita dapat menjadi manusia yang lebih bijak dari sebelum ini. 

Thursday, January 19, 2012

Hello 2012!

Hello helloooo 2012! 

Lamanyer la pulak mak tak update blog! anyway, masih sempat lagi nak wish "Happy New Year to All". Kali ni sbb lama sgt tak update so kita just nak buat quick summary ttg apa yg dh terjadi sejak kebelakangan ini je. Kalo nak cerita detail, takut meleret2 pulak! 

First skali, kita story pasal Alya masuk pre-school tempoh hari pd (5hb Jan 2012), mula-mula semuanya nmpk mcm ok sbb she's really excited to go to the school. Skali ptg tu masa amik dia, teacher complaint kata dia nangis nak balik & tido... haiyaaa alya bikin mama lak susah hati laa. Second day pun sama masih lg nangis tp yang bestnya kita hantar dia kul 8 pagi - 6 ptg (termasuk day care skali) pastu dlm kereta si kenit ni terlelap smp laaa esok kul 8.30 pagi youuu... kesian penat btul dia. Mama saje tak nak kejutkn. Sbb Alya ni jenis susah btul nak tido, tp kalo skali tido mmg susah nak bangun. But from day by day berkat doa si ibu ni, Alya semakin berubah, kul 10 mlm je, dia dh tido dan mama kejut kul 7 pagi. Sekarang ni alhamdulillah nmpk improvement dia. Dh pandai baca ABC dh semua. Doa makan awal2 lagi mama dh kasi training. So skrg mmg terer laa dia. Syukur!

Secondly, birthday mama pd 22 Dec 2011 yg lepas, abah bermurah hati bagi mama Samsung Tab 10.1 and belanja makan kat Chilis One Utama and Alya pulak belanja mama cake fav mama kt Secret Recipe! Thank you Alya & Abah! Love both of you!

Dalam bulan ni jer dah 2-3 kotak permainan abah bagi kat Alya... baik btul abah, yaya je tak tahu tau! Kdg2 kesian kat abah sbb manjakan alya tp alya balas sebaliknya kat abah. Takpe laa jd parent ni kena byk bersabar. Tak leh cpt melatah. 

Abah jugak melahirkan minat yg begitu mendalam utk beli Samsung Galaxy Note. Kira idaman 2012 laaa... Insya Allah dpt bonus nnt belilaa yerrr... hehehe... ;') Mama pulak tahun ni berazam nak kumpul duit & simpan sbb next year nak pindah rumah, so paling-paling nak laaa kumpul seberapa banyak duit. Selain tu azam dan cita-cita mama tahun ni, nak sgt menimang cahaya mata... Harap adalah rezeki ke arah itewww... Moga dipermudahkanlah. Amin. 

Okay that's all about it babehhh.. Have a great weekend. We all balik JOHO dan akan ke JPO! Yahooo..